PENDAHULUAN
Bismillahirrahmanirrahim,
Jean-Baptiste Lamarck pernah mengemukakan teori evolusinya yang mencadangkan bahawa sesuatu ciri yang diperolehi semasa jangka hayat sesuatu organima boleh diwarisi oleh generasi yang berikutnya, tetapi teori ini lenyap selepas penerbitan The Origins of the Species oleh Charles Darwin. Antara tokoh terawal dalam bidang ini ialah seorang paderi Augustian, Gregor Mendel. Sumbangan terbesar beliau adalah kajiannya dengan pokok kacang pis yang membuktikan kewujudan unit-unit diskrit, atau gen, yang membawa maklumat genetik.Penemuan DNA sebagai unsur genetik dibuktikan oleh Alfred Hershey dan Martha Chase pada tahun 1952. James Watson, Francis Crick dan Maurice Wilson berjaya menerangkan struktur DNA yang berbentuk gegelung dwi-heliks pada tahun 1953. Penemuan penting ini dikurniakan Hadiah Nobel tahun 1962 dalam Perubatan. Projek Genom Manusia pada tahun 2000 yang dipelopori oleh Craig Venter menunjukkan hasil yang menakjubkan; 3.1 billion unit nukleotid dalam tubuh badan manusia, hanya 1% (kira-kira 30,000 gen) ditranskripsikan kepada bentuk protein.
Secara ringkasnya,teknologi genetik merupakan bidang sains yang mengkaji fenomena pewarisan dan variasi dalam kesemua makhluk hidup, samada manusia mahupun bakteria. Istilah "genetik" pertama kali diperkenalkan oleh pakar genetik British William Bateson. Beliau juga bertanggungjawab dalam memperkembangkan penemuan kajian Gregor Mendel. Dalam organisma hidup, maklumat genetik disimpan dalam kromosomyang dibentuk daripada molekul DNA dan sejenis protein yang dikenali sebagai histon. Maklumat genetik perlu berinteraksi bersama faktor luaran yang lain seperti permakanan dan persekitaran untuk menentukan faktor fizikal dan perlakuan organisma secara keseluruhan.
Kini bidang genetik boleh dibahagikan kepada dua peringkat: genetik klasik dan genetik molekul. Sebahagian besar genetik klasik merupakan sumbangan ujikaji Gregor Mendel dan penemuan gen-gen terangkai. Genetik molekul terbit daripada penemuan kod genetik dan perkembangan teknik pengklonan. Walaupun genetik molekul lebih berguna dari segi aplikasinya dalam perubatan dan forensik, genetik klasik masih digunapakai.
IMPLIKASI PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI GENETIK SECARA BERETIKA
Aspek kualiti dan komposisi nutrien yang dapat diperbaiki ataupun sekaligus dipertingkatkan lagi berbanding dengan tumbuh-tumbuhan tanaman organik.
- Peningkatan kandungan mineral dan antioksidan seperti karotenoid, flavanoid, Vitamin A, C dan E dalam tumbuh-tumbuhan jenis ini.
- Sayur-sayuran dan buah-buahan yang dihasilkan melalui proses kejuruteraan genetik akan tahan lebih lama.
- Proses pembiakbakaan dilakukan secara berkesan
- Proses pengklonan dapat dilakukan secara berterusan dan dalam kapasiti yang besar
- Kaedah kultur tisu dapat mempercepatkan pertumbuhan
- Meningkatkan kualiti ternakan dan hasil pertanian dengan adanya vaksin, antibodi dan hormon.
- Misalnya pada masa kini ,wujud jagung dan padi yang ditanam tidak perlu lagi di sembur racun serangga kerana tumbuhan itu sendiri dapat menghasilkan racun serangga .
- Ianya dilakukan dengan proses pemindahan gen dari sejenis bakteria yang menghasilkan toksin kedalam tumbuhan tersebut.
- Maka apabila dipindahkan, secara tidak langsung DNA tumbuhan tersebut mempunyai arahan baru untuk menghasilkan racun itu sendiri.
- Beberapa tahun lepas juga, beberapa orang saintis telah menunjukkan bagaimana gen kunang kunang yang dipindahkan ke dalam pokok tembakau dan hasilnya kita dapat melihat pokok tembakau tersebut mengeluarkan cahaya seperti kunang-kunang .
IMPLIKASI PENGABAIAN ETIKA TERHADAP PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI GENETIK
Jika ada kebaikan tentu ada keburukan dalam teknologi genetik,
- terdapat dikatakan bahawa kebaikan teknologi pertanian adalah tanpa pencemaran tetapi itu hanya tertakluk kepada penanaman hidroponik ataupun aeroponik sahaja. Sebenarnya dalam penerapan teknologi dalam pertanian, mesin dan jentera akan terlibat kerana mereka telah ditugaskan untuk mengumpulkan hasil pertanian yang telah matang. Dalam proses pengumpulan jentera akan mengeluarkan asap dan ini telah menyebabkan pencemaran udara.
- Selain itu pengubahsuaian genetik makanan tersebut memang dapat mendatangkan banyak maanfaat kepada negara kita dan juga pengeluar(pertani) tetapi bagi kita sebagai pengguna, kita tidak akan tahu keburukannya. Hal ini demikian, kerana sebagaimana sehingga kini tiada siapa yang tahu keburukan atau kesan makanan yang genetiknya diubah. Dengan itu tiada jaminan bahawa pada masa akan datang makanan yang dimakan oleh kita akan menyebabkan atau mendatangkan pelbagai jenis masalah.
ISI DAN HURAIAN
PRINSIP SYARIAH
Sesungguhnya ajaran islam sangat menaruh perhatian yang luar biasa terhadap sektor pertanian.
Bai'assalam adalah praktik jual beli dimana pembeli diwajibkan membayar dimuka seluruh harga barang yang disepekati, setelah sebelumnya menetapkan sejenis jenis dan kualiti produk yang diinginkan, sedangkan penjual dalam hal ini adalah petani, berkewajipan menyerahkan produk hasil pertanianya pada masa tertentu pada masa depan, dengan kualiti yang sesuai dengan kesepakatan. Dalam hal ini, harga yang dibayarkan oleh pembeli biasanya berada dibawah harga pasar.
Namun, tetap memberi keuntungan bagi petani dan mampu menutup seluruh harga produksi. Demikian pula dengan kajian Ibn Khaldun seorang ulama terkemuka di abad pertengahan. dalam kitabnya muqaddimah, beliau menguraikan dengan panjang lebar mengenai konsep pertanian termasuk hubungan lintas sektoral dimana kejatuhan sektor pertanian akan menyebabkan berkurangnya tingkat kesejahteraan kelompok masyarakat yang lain.
Dalam konteks ini, ia menggambarkan hunungan antara sektor pertanian dengan keadaan para tentera khalifah di zamannya . Beliau mengatakan, jika harga produk tetap rendah, sebagaimana terjadi pada zamannya, maka keadaan masyarakat yang terlibat dengan sektor pertanian akan menurun.
Para pekerja pertanian akan munurun pendapatannya kerana produk mereka tidak laku menyusul pemintaan yang menurun akan akibat lembahnya daya beli petani. Demikian pula, dengan keadaan tentera yang pada zamannya dikaji dari pajak yang dibayarkan oleh petani keadaan mereka pun akan mengalami penurunan.
Satu hal yang sangat menarik, Ibn Khaldun mengatakan bahawa pertani adalah kelompok yang sentiasa menjadi korban kebijakkan penguasa yang zalim dari masa ke masa. Posisi tawar petani selalu berada dalam keadaan yang lemah sehingga petani adalah kelompok yang selalu memerlukan pelindungan.
KESIMPULANNYA
Teknologi genetik memang baik buat manusia, cuma kita harus sedar limitasi yang wujud dan sebarang usaha menggunakan teknologi ini untuk membawa masalah kepada kehidupan manusia serta haruslah diharamkan oleh kerajaan.
Selain itu, kita haruslah ingat bahawa teknologi dihasilkan untuk memudahkan kehidupan manusia dan bukannya membawa impak negatif. Oleh itu, kita haruslah memasangkan niat buat diri kita agar teknologi genetik ini adalah untuk kebaikan dan memberikan keselesan untuk semua manusia..
CONTOH-CONTOH TEKNOLOGI GENETIK



VIDEO :-
RUJUKAN
- https://ms.wikipedia.org/wiki/Genetik
- http://maelsocialscience4u.blogspot.my/2008/07/kesan-perkembangan-kejuruteraan-genetik.html
- http://rabiatuladawiyahngadiman129217.blogspot.my/2009/08/pentingnya-teknologi-dalam-perubatan.html
- https://www.youtube.com/watch?v=qjNCpADayUo
- terdapat dikatakan bahawa kebaikan teknologi pertanian adalah tanpa pencemaran tetapi itu hanya tertakluk kepada penanaman hidroponik ataupun aeroponik sahaja. Sebenarnya dalam penerapan teknologi dalam pertanian, mesin dan jentera akan terlibat kerana mereka telah ditugaskan untuk mengumpulkan hasil pertanian yang telah matang. Dalam proses pengumpulan jentera akan mengeluarkan asap dan ini telah menyebabkan pencemaran udara.
- Selain itu pengubahsuaian genetik makanan tersebut memang dapat mendatangkan banyak maanfaat kepada negara kita dan juga pengeluar(pertani) tetapi bagi kita sebagai pengguna, kita tidak akan tahu keburukannya. Hal ini demikian, kerana sebagaimana sehingga kini tiada siapa yang tahu keburukan atau kesan makanan yang genetiknya diubah. Dengan itu tiada jaminan bahawa pada masa akan datang makanan yang dimakan oleh kita akan menyebabkan atau mendatangkan pelbagai jenis masalah.
ISI DAN HURAIAN
CONTOH-CONTOH TEKNOLOGI GENETIK



VIDEO :-
RUJUKAN
- https://ms.wikipedia.org/wiki/Genetik
- http://maelsocialscience4u.blogspot.my/2008/07/kesan-perkembangan-kejuruteraan-genetik.html
- http://rabiatuladawiyahngadiman129217.blogspot.my/2009/08/pentingnya-teknologi-dalam-perubatan.html
- https://www.youtube.com/watch?v=qjNCpADayUo
No comments:
Post a Comment